Klik2

12 DEFINASI TEKNIK dalam PSV

1. GURISAN

1. Menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan.
Contoh: Kertas lukisan disapu secara berlapis
dengan menggunakan krayon disapu dengan krayon. Alatan tajam seperti kayu, paku atau lidi digunakan untuk menguris untuk menghasilkan gambar/corak.

2. STENSILAN

1. Gambar yang ada ditebuk mengikut kehendak supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.

2. Gambar yang ditebuk diletakkan di atas kertas lukisan.
Warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas lukisan tadi.

3. Warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas.
Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.
3. CAPAN

1. Menggunakan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu.


2. Capan tidak perlu disediakan blok cetakan.

3.Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan di
permukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut.
Contoh bahan: sayur-sayuran seperti kentang, bawang besar, bendi dsbnya. Cap jari juga boleh digunakan. 

4.MOZEK

1. Hasil seni dari serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar.

2. Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun carikan kecilbahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), di susun di atas dinding, lantai atau permukaanyang tidak rata dan menghasilkan pantulan atau kilauan.

3. Satu imej yang disusun berasingan dan tidak bertindih, disusun secara bersebelahan. Mozek adalah gambar hasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema /tajuk.Satu media seni di mana kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau kertas


5. PERCIKAN

1. Satu teknik hiasan catan dengan cara: mendetik, mengetuk, menjentik. Bahagian bulu berus atau berus gigi yang akan menghasilkan kesan

2. Percik-percikan halus warna disembur ke serata tempat dengan pelbagai warna.


3. Ia adalah kegiatan menyembur bahan cair.
Buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan.

6. RESIS

1. Satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin.

2. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain.

3. Suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan.


4. Warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin.

5. Lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya.



6. Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal.


7. Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan iaitu tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.

7. GOSOKAN

1. Ia adalah proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan
Ia juga satu proses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka.

2. Gosokan ialah pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan.
Contoh: duit syilling, cermin tingkap, lantai simen, tapak kasut.

3. Secara gosokan akan menghasilkan corak permukaan yang berlainan. Biasanya permukaan yang mempunyai jalinan yang kasar dan rapat akan menghasilkan ton yang lebih gelap berbanding permukaan yang mempunyai jalinan yang jarang dan nipis.

4. Tujuannya untuk menghasilkan atau merakamkan merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan.

8. CETAKAN

1. Satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan.

2. Proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain.

3. Satu hasil kerja seni yang menggunakan acuan cetakan untuk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan.

4. Perindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain iaitu kertas atau kain.

5. Proses menggambar atau mencorak yang dilakukan dengan cara memotong, mengguris di atas permukaan plat dan menggunakan dakwat
Satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain.

9. MONTAJ

1. Menampal dan melekatkan potongan gambar-gambar tertentu pada suatu permukaan untuk menghasilkan sesuatu tema.

2. Merupakan satu proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain
Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi.

3. Imej atau gambar diambil dari foto, majalah, atau cetakan

4. Imej/gambar disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej.

10. KOLAJ

1. Kolaj ialah:
- potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan.
Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih untuk menghasilkan sesuatu imej.

2. Berbagai jenis bahan dilekat dan tampal disatu permukaan khas seperti kertas lukisan.


3. Mempunyai satu tema bagi sesuatu karya seni kolaj.

11. CATAN

1. Catan ialah proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata.
Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata ataupun abstrak.

2. Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus.
Lukisan grafik mengandungi komposisi artistic dihasilkan dengan mengaplikasikan warna keatas pemukaan bahan.
Satu ciptaan gambar yang berwarna dan ia adalah satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D.
Bahan yang boleh digunakan seperti :cat air, cat minyak, cat tempera dan cat poster.

12. LUKISAN

1. Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan
Lukisan ialah hasil seni 2 dimensi dengan menggunakan media kering seperti pensil, krayon, pen, pestel,arang, pen marker, pensel warna, pastel dan sebagainya

2. Ada berbagai teknik lukisan seperti:
-garisan silang,
-garisan berombak,
-garisan selari,
- garisan menyilang
-garisan kontur.
-teknik coreng,
-teknik gosok,
-teknik titik,
-teknik lorek
- teknik campuran.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan