Klik2

Bunga Tahi Ayam

GAMBAR MAUJUD

Tajuk:
Gambar Bunga Tahi Ayam

gambar 1

gambar 2
Pokok Bunga Tahi Ayam atau juga dikenali sebagai Bunga pagar mempunyai nama saintifik Lantana Camara . Ia merupakan spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga verbena, Verbenaceae, yang berasal pada Amerika tropik.[1][2][3] Ia telah disebarkan kebahagian lain dunia sebagai tumbuhan hiasan dan dianggap spesies invasif dikebanyakan kawasan tropik dan separa-tropik.[4]

Pokok Bunga Tahi Ayam (Lantana Camara) merupakan sejenis pokok berbunga yang mempunyai bentuk yang cantik tetapi berbau kurang menyenangkan.
Ia merupakan sejenis pokok renek berbulu dan digunakan dalam perubatan Melayu.
Terdapat sekitar 100 jenis lantana. Ketinggiannya boleh mencapai 3-5 kaki. Kelebaran tumbuhan ini boleh mencapai ke 8 kaki. Batangnya berduri dan daunnya pula berbau yang kurang menyenangkan . Bunga tumbuhan ini berbentuk payung dan mempunyai pelbagai warna dari kuning, merah jambu, ungu dan kuning kemerahan.
Warna bunga ini juga berubah megikut peringkat iaitu dari warna putih ke warna kuning, warna jingga ke warna merah dan warna pink ke warna ros kemerahan. Perubahan warna ini berubah mengikut kepada iklim. Kebiasaannya tumbuhan renek ini hanya didapati di negara-negara beriklim lembap sahaja. Buahnya pula berbentuk tangkai, berwarna hijau, merah dan biru kehitaman. Pokok Lantana ini lazimnya sangat jarang dirosakkan serangga ataupun haiwan, ini kerana pokoknya yang beracun.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Users' Comments (0)

Ikan (Mewarna)-BIDANG 1

BIDANG 1
Mengambar

Tajuk:
Ikan





sumber rujukan: google

*selain dari mewarna, gambar ikan ni boleh digunakan untuk kemahiran menekap dengan wang syilling di sini atau dijadikan kolaj seperti di sini, di sini dan di sini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Users' Comments (1)

Ular Plastisin-BIDANG 3

BIDANG 3
Membentuk dan Membuat Rekaan

Tajuk:
Ular Plastisin

Bahan:
plastisin

Langkah 1
 1. Bentukkan plastisin menjadi bentuk yang panjang.

Langkah 2
 1. Gulungkan plastisin hingga ke hujung untuk membentuk badan ular.

Langkah 4
1. Bentukkan bahagian hujung untuk membentuk seperti kelapa ular.
2. Ambil sedikit plastisin berwarna biru, dan kuning untuk membentuk mata dan tompok-tompok dibadan ular.

Langkah 5
1. Ular plastisin yang telah siap dibentuk.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Users' Comments (0)